Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

02 Ogos, 2010

Majlis Leraian Kasih Tautan Mesra JPM bersama-sama Puan Pengarah...Meriah dalam syahdu



Majlis Leraian Kasih Tautan Mesra bersama-sama Pengarah dengan JPM telah diadakan di Coffee House Royal Bintang, Seremban baru-baru ini. Majlis yang dihadiri semua pensyarah JPM itu berlangsung dalam suasana meriah namun syahdu lantaran majlis diadakan sempena persaraan Pengarah Hjh. Asmah Yahya pada 6 Ogos 2010. Rata-rata pensyarah yang ditemui menyifatkan beliau seorang yang tawaduk, lembut tapi tegas dan sederhana dalam semua aspek kepimpinan sepanjang menjadi orang nombor satu IPGKRM. Warga JPM mendoakan semoga beliau sihat, bergembira dan berbahagia bersama-sama keluarga dalam alam persaraan kelak. Dalam majlis tersebut Hjh. Asmah hadir bersama-sama suami tercinta En. Yazid Buntal.