Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

18 Julai, 2010

Tahniah Dr. Khairuddin

Warga JPM mengucapkan tahniah dan sama-sama menumpang kegembiraan Ketua Unit JPM, (Dr. K) yang menerima berita gembira hari ini. Puteri sulung kebanggaan beliau, Nur Izzati telah berjaya diterima melanjutkan pelajaran ke New Zealand di bawah tajaan MARA. Izzati yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2009 (9A) akan mengikuti program pendidikan Bahasa Inggeris bakal menjadi pendidik juga seperti ayah dan ibunya. Semoga Izzati terus berjaya dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Kejayaan ini menjadi akan menjadi pendorong kepada ahli keluarga JPM yang lain.TAHNIAH!
Sayang Iz: Nampaknya hari keluarga JPM 2011 ke New Zealand lah kita ye Dr.!