Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Julai, 2010

Kelab Bahasa Melayu dirasmikan ...

Baru-baru ini, Kelab Bahasa Melayu telah ditubuhkan sebagai wadah pelajar menjalankan aktiviti berdasarkan pengucapan umum. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Hjh. Amanah Mohd Noor di Balai Kerapatan. Kira-kira 200 orang pelajar telah menghadirinya. Buat permulaannya, Saudara Shafiq Aiman telah dilantik sebagai pengerusinya manakala Pn. Rosaini Khalid sebagai Ketua Pensyarah Penasihat.