Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

23 Ogos, 2010

APC : Warga JPM Tumpang Bangga



Warga JPM mengucapkan syabas dan tahniah serta turut berasa bangga atas kejayaan Dr. Khairuddin Mohamad yang telah dipilih menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) bagi tahun 2009. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Pn. Hjh. Asmah Yahya, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar itu telah menyaksikan seramai 20 orang kakitangan akademik dan staf sokongan pelbagai gred dan jawatan menerima anugerah tersebut. Warga JPM berharap Dr. K (Ketua Unit) akan terus cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas demi membawa JPM ke mercu jaya. Dengan penganugerahan ini Dr. K membuktikan bahawa beliau memang seorang ketua yang hebat. Sekalung tahniah daripada kami.
Sayang Iz: Harap Dr. K dapat timbangkan semula keputusan untuk ke UKM tu ye....