Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Ogos, 2010

Pertandingan Pidato Kemerdekaan : Berjaya cungkil bakat pelajar di hadapan khalayak



Pertandingan Pidato sempena Bulan Kemerdekaan yang telah diadakan pada 21 Ogos 2010 (Sabtu) telah berjaya mencungkil bakat para pelajar yang selama ini mungkin terpendam. Pertandingan yang dianjurkan oleh JPM dengan kerjasama Kelab BM mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Selain berjaya mencungkil bakat pelajar dalam berpidato, pertandingan ini juga telah memberi peluang kepada para pelajar mengelolakan majlis. Tahniah diucapkan kepada Unit PPISMP Semester 1 major BM yang telah berjaya mengelolakan majlis dengan gilang gemilang ini. Pertandingan dihakimi En. Azmi Ayub (Ketua), Pn. Siti Normaniseh Zakaria dan Pn. Faiziah Hj. Shamsudin. Hadir sama Pemangku Pengarah, Ketua Jabatan dan para pensyarah JPM.
Sayang Iz: Tahniah kepada para hakim yang berjaya menahan kesejukan selama 4 jam.