Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

25 Ogos, 2010

Rumah keluarga SU JPM diceroboh ...

Setiausaha JPM Pn. Faiziah Hj. Shamsudin telah menerima dugaan daripada Allah SWT, selepas rumah keluarganya di Kampong Daching dekat Lenggeng telah diceroboh orang tidak bertanggung jawab pada hari Rabu 25 Ogos, iaitu enam hari negara kita menyambut ulang tahun ke-53. Beliau yang dihubungi memberitahu telah kehilangan dua buah komputer riber, barang kemas bernilai RM 10 ribu dan wang tunai RM 3 ribu di samping turut kehilangan beberapa set kunci kereta dan sebagainya. Jumlah kerugian keseluruhan kira RM 20 ribu. Turut dilarikan draf tesis Ph.D yang benar-benar amat penting kepada Pn. Faiziah. Bagi pihak warga JPM, saya merakamkan ucapan takziah, perasaan simpati, dan sedih serta berdoa semoga beliau dan suami tabah mengharungi dugaan, tambahan pula ianya berlaku dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Editor - Agaknya pencuri tu.. buat Ph.D gak kot. Nampaknya dia akan konvo dulu dari Pn. Faiz lah ...