Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

25 Ogos, 2010

Majlis Berbuka Puasa JPM meriah ...



Majlis Berbuka Puasa peringkat Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan baru-baru ini bertempat di Restoran Sri Aden Bandar Warisan Puteri. Seramai 12 orang pensyarah bersama keluarga masing-masing telah menyertai yang turut dihadiri Hjh. Rafiah Daud yang menjalankan tugas Pengarah IPG Kampus Raja Melewar. "Program seperti ini patut diadakan selalu kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga JPM" jelas Setiausaha JPM Pn. Faiziah Hj. Shamsudin. Hadir sama Ketua Jabatan Hjh. Amanah Mohd. Noor serta bekas pensyarah JPM En. Ghazali Ismail dan isteri.