Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

21 September, 2010

Mesyuarat Jambatan Ilmu DBP-JPM






Sekitar Mesyuarat Penyelarasan Program Jambatan Ilmu : Rakan Kamus antara Jabatan Pengajian Melayu dengan Bahagian Perkamusan DBP. Program kerjasama itu akan diadakan pada 11 Oktober 2010 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. DBP diwakili pegawai kanan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi En. Shariffulizan Malek dan En. Mohd. Hadi Roslan. Manakala JPM diwakili Dr. Maria Mansur, Dr. Khairuddin Mohamad, En. Mukhtar Darwis, En. Azmi Ayub, En. Abd. Rahim Ismail dan Dr. Faridah Nazir. Hadir sama wakil Kelab Bahasa Melayu dan Unit PPISMP BM yang bertindak sebagai Jawatankuasa Kerja Seminar.