Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

21 September, 2010

KJ Ilmu Pendidikan Juarai Pertandingan Sajak




Seramai lapan peserta telah menunjukkan bakat masing-masing sempena Pertandingan mendeklamasi Sajak Merdeka anjuran Jabatan Pengajian Melayu baru-baru ini. Johan dimenangi KJ Ilmu Pendidikan Pn. Azlina Ahmad, Pensyarah PJK Tuan Syed pemenang kedua manakala En. Mohamad Sulaiman dengan sajak 'Merdekakah Cikgu' ciptaan beliau sendiri, meraih tempat ketiga. Pensyarah Unit Bahasa Inggeris En. Samuel telah dinobatkan sebagai Pendeklamator Berbakat dengan sajak berjudul 'Ayahku Seorang penjual Roti'. Para peserta telah diadili empat orang hakim terdiri En. Azmi Ayub selaku ketua juri, En. Abd. Rahim Ismail dan Pn. Siti Normaniseh Zakaria dari Jabatan Pengajian Melayu dan Saudara Tamaraj dari Unit PISMP Matematik Semester 4. Hadir sama pemangku Pengarah IPG Raja Melewar Pn. Hjh. Rafeah Daud dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu Hjh. Amanah Mohd. Noor.