Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

28 September, 2010

Kuih cokodok hidangan istimewa rumah Pn. Faiz




Program Ziarah Raya Warga JPM kali ke-3 ke utara daerah Seremban pula. Kali ini ke kediaman Setiausaha JPM Pn. Faiziah Shamsudin bertempat di Kampung Daching, Lenggeng. Pelbagai hidangan moden dan tradisi tersedia termasuk kuih tradisional yang popular dalam kalangan warga JPM 'cokodok' dan kuih 'kesuwei'. Apa pun terima kasih kepada Pn. Faiziah dan En. Amran atas undangan ziarah raya kali ini.