Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

26 September, 2010

Selamat Datang Dr. Faridah Nazir ke JPM

Baru-baru ini JPM menerima seorang pensyarah yang baharu sahaja menamatkan cuti belajarnya. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Faridah Nazir, berkelulusan Ph.D dalam bidang Bahasa Melayu dari UKM merupakan bekas pensyarah JPM satu ketika dahulu. Bagi pihak warga JPM, diucapkan 'Selamat Datang' kepada beliau dan berharap kehadirannya akan memantapkan lagi JPM dalam kalangan warga IPG Kampus Raja Melewar. Kini bilangan pensyarah Ph.D JPM bertambah menjadi empat orang. Tahniah dan syabas JPM ! Ulasan Editor -Tak sabar nak tunggu kelahiran seorang lagi 'doktor' dari bumi Daching. Dengan cerita 'Jutawan Serai'.