Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

03 September, 2010

Bulan Bahasa dan Sastera peringkat IPG KRM

Negara kita akan menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan iaitu pada bulan Oktober setiap tahun. Di peringkat IPG Kampus Raja Melewar sambutan akan tetap diadakan iaitu bermula 11 hingga 20 Oktober dengan penganjuran beberapa acara menarik melibatkan pensyarah, guru pelatih, guru-guru, kakitangan kerajaan serta murid-murid sekolah rendah di daerah Seremban. Penyelaras program Dr. Maria Mansur berkata, pada 11 Okt. 2010 satu Seminar Rakan Kamus akan diadakan dengan kerjasama DBP melibatkan seramai 300 peserta. Manakala pada 18 Okt. diadakan acara Mencari Harta Karun yang melibatkan guru pelatih, 19 Okt. bermulanya pameran Literasi BM dan kemuncaknya pada 20 Okt. iaitu Karnival Bulan Bahasa. Uniknya kali ini, beberapa acara telah disusun atur melibatkan murid-murid sekolah rendah yang dijemput khas untuk menyertai beberapa acara pada karnival berkenaan, seperti pertandingan berpidato, mendeklamasi sajak, pertandingan bercerita dan mengeja betul. Program kali ini mendapat kerjasama erat daripada AJK Kelab Bahasa Melayu.