Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

02 September, 2010

Pensyarah dan staf sertai Pertandingan Sajak

Seramai 14 orang pensyarah dan staf institut dari pelbagai jabatan dan unit telah mendaftar untuk menyertai Pertandingan Mendeklamasi Sajak Merdeka yang akan diadakan pada 20 September 2010 bertempat di Balai Ilmu jam 2.00 petang. Program julungkali ini dianjurkan Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan dan dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Johan hingga tempat ketiga akan membawa pulang hadiah menarik yang disediakan oleh penaja, manakala juara pertandingan ini akan berpeluang mempersembahkan sajak sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya peringkat institut pada 25 September, 2010 akan datang ini. Para peserta akan dihakimi En. Abd. Rahim Ismail, En. Azmi Ayub, Pn. Siti Normaniseh Zakaria dan seorang wakil pelajar iaitu Saudara Tamaraj pelajar PISMP Semester 4. Kepada semua peserta diucapkan selamat bertanding.