Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

02 September, 2010

Pn. Faiz... Sudah Jatuh Ditimpa Tangga


Kasihan juga melihat nasib Pn. Faiziah Hj. Shamsudin, setiausaha JPM dua tiga hari ini. Mulanya diuji Allah SWT dengan rumahnya dimasuki oleh penjenayah dan kerugian dianggarkan RM 20 ribu. Paling malang beliau turut kehilangan bahan tesis Ph.D yang ada dalam salah satu l/top yang dilarikan itu. Khabarnya yang ambil orangnya tidak jauh dari rumah beliau. Baru-baru ini pula, beliau diberi MC oleh doktor kerana diserang penyakit asma, gara-gara stres memikirkan musibah yang melanda. Warga JPM berdoa semoga Allah SWT memberikan kekuatan keluarganya dan penyakit asmanya segera sembuh.