Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

28 Ogos, 2010

Gotong-royong : Terima kasih para pelajar PPISMP Sem. 3 BM





Pada Sabtu 28 Ogos baru-baru ini, IPG Kampus Raja Melewar telah menganjurkan aktiviti gotong-royong peringkat institut melibat semua pensyarah, pelajar dan staf. Para pelajar PPISMP Sem. 3 Unit Bahasa Melayu telah diberikan tanggung jawab untuk membersihkan dua bilik kuliah serta bilik Jabatan Pengajian Melayu di blok B. Gotong-royong tersebut turut disertai para pensyarah JPM. Pemangku Pengarah IPGKRM Hjh. Rafiah Daud telah turun padang dan sudi bersama-sama membersihkan Jabatan Pengajian Melayu. Penyelaras Kebersihan dan Kebajikan JPM En. Abd. Rahim Ismail yang ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti gotong-royong di bilik JPM. Pada akhir aktiviti semua pelajar unit BM itu telah menerima cenderamata khas yang telah disampaikan oleh En. Mukhtar Darwis. Hadir sama Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Hjh. Amanah Mohd. Noor dan Ketua Unit Dr. Khairuddin Mohamad.