Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

15 Oktober, 2010

Kisah Demam 1 : Demam Karnival Bahasa bermula



Demam Karnival Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dah bermula. Ini kerana iklan dalam bentuk banner dan banting telah dipasang di beberapa tempat strategi dengan harapan khalayak yang sudi hadir ke pameran ataupun menonton pertandingan yang disertai 20 buah sekolah rendah di Negeri Sembilan akan bertambah. Terima kasih kepada Unit PPISMP BM Sem. 3 dan Sem. 1 yang banyak melibatkan diri merancang dan mengurus program julung kali ini. Ramai yang tidak tahu, idea dan konsep asal penganjuran karnival datangnya daripada mantan pengarah kita, Hjh. Asmah Yahya.