Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

11 Oktober, 2010

250 kakitangan awam sertai ceramah Rakan Kamus







Seramai 250 kakitangan awam dan pelajar telah menyertai ceramah 'Jambatan Ilmu' bertempat di Balai Kerapatan 11 Oktober lalu. Mereka terdiri dari wakil-wakil agensi kerajaan, sekolah rendah dan menengah daerah Seremban, para pelajar dan pensyarah. Ceramah kali ini bertajuk 'Rakan Kamus' telah disampaikan Hjh. Salmah binti Jabbar, Pegawai Perancangan Bahasa, Bahagian Perkamusan Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut hadir Hjh Rafeah Daud dan Hjh. Ratna Inzah Datuk Asri. Ceramah dipengerusikan En. Mukhtar Darwis merupakan sebahagian aktiviti sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar.