Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

09 Oktober, 2010

Parit Sulong Destinasi Akhir Ziarah Raya JPM 2010






Program Ziarah Raya untuk tahun 1431 Hijrah mula melabuhkan tirainya. Kunjungan terakhir warga JPM ialah Rumah Terbuka ke-13 iaitu kediaman En. Abd. Rahim Ismail yang terletak di Batu Pahat Johor. Semoga tahun mendatang program ini akan dapat diteruskan lagi demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli jabatan. Justeru, editor laman sesawang JPM mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada KJ dan Pemangku Pengarah yang memberikan sokongan penuh menjayakan program 'Ziarah Raya'. Tidak lupa kepada semua yang terlibat menjayakan program julung kalinya ini, termasuk juru foto bebas saudari Sayang Iz Kampong Daching yang telah bertugas dengan cemerlang di lokasi terakhir iaitu Batu Pahat baru-baru ini.