Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

27 Januari, 2011

Gelagat comel murid Tahun 1 SK Kg. Daching




Seramai tiga orang pensyarah JPM telah ke SK Kg. Daching, Lenggeng baru-baru ini untuk melakukan ujian rintis bahan inovasi 'Kit Permainan Guli Perkataan' kepada murid-murid Tahun 1. Sepanjang sesi berjalan, pelbagai gelagat menarik dan comel murid-murid yang diuji berjaya dirakamkan. Turut serta dalam ujian rintis ini ialah Pn. Faizah Ali selaku guru kelas tahun berkenaan serta Tuan Guru Besar SK Kg. Daching. Program yang dijalankan dengan kerjasama En. Amran Bakar telah berjaya mencapai objektifnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat.