Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

27 Januari, 2011

Dr. K wakili institut ke Pertandingan Inovatif 2011


Buat julung kalinya, wakil IPG Kampus Raja Melewar telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovatif 2011 bertempat di PKG Rantau, Negeri Sembilan baru-baru ini. Dr. Khairuddin Mohamad pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dengan inovasi 'Kit Permainan Guli Perkataan' telah mewakili institut ke cabaran tersebut. Sebanyak 22 inovasi melibatkan pelbagai kategori dipertandingankan dalam cabaran kali ini.