Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

19 Januari, 2011

Mencetak dokumen secara Maya di JPM


Kini para pensyarah JPM menikmati kemudahan baru apabila semua laptop peribadi dilengkapi dengan kemudahan mencetak dokumen secara maya. Jika sebelum ini mereka terpaksa bergilir menunggu giliran untuk menggunakan khidmat printer, tapi kini tidak lagi. Kemudahan ini dipasang untuk kemudahan pensyarah JPM oleh juruteknik NAJOne Enterprise, sebuah syarikat komputer milik penuh Bumiputera yang berpusat di Nilai, Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat JPM Faiziah Shamsudin yang ditemui berkata, kemudahan baru yang seumpamanya di IPG Kampus Raja Melewar akan memberikan motivasi kepada para pensyarah JPM berkerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan ikhlas demi agama, bangsa dan negara. Melalui teknologi ini, semua pensyarah JPM boleh mencetak dari jarak garis pusat 20 - 30 meter kaki persegi dari router JPM yang terletak di aras 2 Blok B.