Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

18 Januari, 2011

Mesyuarat JPM pertama bersama KJ baharu



Mesyuarat pertama JPM telah diadakan pada 17 Januari 2011 dengan menyaksikan Ketua Jabatan yang baharu Dr. Maridah Alias mempengerusi mesyuarat buat kali pertama selepas dilantik ke jawatan berkenaan menggantikan Hjh. Amanah Mohd. Noor. Antara keputusan mesyuarat ialah penganjuran Jejak Budaya 4 pada 25 - 27 Mac di Kampong Lonek, Batu Kikir, Hari Keluarga di Langkawi pada 31 April - 3 Mei 2011 dan Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu pada Oktober 2011. Pada sebelah paginya telah diadakan upacara memotong kek sempena hari ulang tahun kelahiran Pn. Faiziah, En. Azmi, En. Mukhtar dan Dr. Maria.