Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

18 Januari, 2011

Pensyarah JPM ikuti kursus protokol rakyat kepada raja


Seramai tiga orang pensyarah JPM telah mengikuti Kursus Protokol 'Rakyat kepada Raja' bertempat di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti. Kursus telah dikendalikan oleh YBhg. Prof Madya Dato' Paduka Dr. Rosli Saluddin dari UPSI dan dianjurkan Bahagian Protokol Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah. Kursus sehari telah mendedahkan para pensyarah cara-cara menggunakan bahasa sapaan istana, protokol mengadap raja, kaedah mengangkat tangan yang betul semasa bersembah dan sebagainya.