Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

31 Mac, 2011

JB4 - Persiapan peserta bermula seawal jam 7.00 pagi




Seawal jam 7.00 pagi Jumaat 25 Mac, para peserta telah memulakan kerja-kerja memunggah barangan dan peralatan yang perlu dibawa bersama ke Homestay Kampong Lonek. Kira-kira jam 8.15 pagi, semua peserta mendengar taklimat akhir yang telah disampaikan Ketua Unit Pengajian Melayu Dr. Khairuddin Mohamad. Kemudian doa dibacakan agar perjalanan selamat sampai ke destinasi. Sementara itu, mesyuarat ringkas bersama pemandu bas dan pihak polis telah diadakan di ruang jamuan kafetria institut yang dipengerusikan oleh Penolong Penyelaras En. Azmi Ayub.