Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

15 Mac, 2011

Sajak 'Teman' Buat Rakan JPM

Teman,
Bukan satu,
tapi beribu.
Bukan untuk diguna,
tapi untuk dijaga hati dan perasaan.
Bukan untuk dimusuhi,
tapi untuk disayangi.
Bukan untuk sementara,
tapi untuk selama-lamanya.
Bukan untuk dilupakan, tapi untuk diingati sentiasa.
Bukan untuk ditinggal-tinggalkan. hati dan jiwa,
tapi untuk dirindui.
Bukan hanya di sini, tapi di mana-mana.
Bukan setakat ini, tapi hingga penghujung nyawa.
Akan sentiasa ku ingati,
Akan sentiasa ku rindui,
Akan sentiasa ku semat dalam hati,
Kenangan indah kita bersama,
Teman-teman ku warga JPM,
Mekar segar dalam memori yang abadi.

Dr. Maria Mansur,
Royal Bintang, Seremban.
11 Mac 2011.