Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

01 April, 2011

JB4 - Gendang pacik dan bunga manggar sambut peserta


Paluan gendang pacik, sirih junjung dan bunga manggar menyambut kehadiran peserta JB4. Rombongan terdiri 13 orang pensyarah dan 72 pelajar diketuai Ketua Jabatan Dr. Maridah Alias telah diberi sambutan di luar jangkaan setibanya di perkarangan Dewan Homestay Lonek. Selepas acara simbolik penyerahan anak angkat, para peserta JB4 kembali ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk berehat dan makan tengah hari. Ternyata raut muka peserta yang mulanya stres mula berubah dan ceria apabila mereka mula diserahkan kepada ibu bapa angkat yang mesra dan ramah secara satu persatu oleh setiausaha Homestay Pn. Norasiah.