Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

01 April, 2011

JB4 - Pergerakan peserta diiringi kereta peronda Polis



Bagaikan menteri, bagaikan orang kenaman dan bagaikan Undang ... Begitulah antara reaksi spontan dalam kalangan pelajar yang menyertai program JB4 kali ini. Apa tidaknya, bas yang mereka naiki iaitu dua buah bas SUK Negeri Sembilan dan sebuah bas IPG KRM, sebuah van institut dan empat buah kereta pensyarah telah diberikan laluan istimewa sepanjang berada di jalan raya kerana diiringi kereta peronda Polis dari IPD Seremban yang diketuai Kpl. Yusoff. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hampir 1 jam 45 minit telah disingkatkan menjadi hanya 45 minit sahaja. Dr. Khairuddin yang dihubungi menjelaskan, tujuan penglibatan kereta peronda Polis bukan hanya untuk keselamatan dan masa perjalanan menjadi pendek kerana terus bergerak walaupun lampu isyarat warna merah, tetapi pengalaman dan pengetahuan peserta yang dapat melihat bagaimana cara terbaik hendak membawa murid-murid menyertai lawatan yang melibatkan kenderaan secara konvoi. Bagi pihak institut, terima kasih kepada C/Insp Rosli selaku penyelaras kereta peronda IPD Seremban yang membantu kita dalam hal ini.