
"Berubah dan eratkan silaturahim antara warga IPG Kampus Raja Melewar", demikian rumusan ucapan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Hajah Asmah Yahya ketika menyampaikan ucapan di akhir Mesyuarat Staf Akademik institut baru-baru ini. Menurut beliau, tahun 2010 merupakan tahun untuk semua pensyarah berubah dalam pelbagai aspek supaya kegemilangan institut dapat diteruskan pada tahun depan. Dalam masa yang sama, beliau menyeru supaya staf akademik sentiasa mengeratkan hubungan silaturahim untuk kebaikan bersama. Bagi editor laman blog JPM
(Merpati Putih) apa juga teguran, pandangan dan idea Hjh. Asmah tu kita wajar akur sebab ada asasnya. Cuma kalau dapat kita bimbing pensyarah di jabatan lain dalam IPG KRM ni, tentang kemahiran komunikasi berkesan dan budaya mencari penaja ... lagi baik. Apapun syabas dan tahniah warga JPM kepada Hjh. Asmah Yahya dan En. Tan Ying Kee kerana banyak membawa perubahan untuk institut kita sepanjang tahun 2009, terutama ramai yang naik pangkat. SELAMAT TAHUN BARU .. BOS!