Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Disember, 2009

Iklan P1 Wimax dan Mesyuarat Staf Akademik 2010 ...

IKLAN potong yang disiarkan di televisyen dan radio, mendapat perhatian masyarakat dan tidak kurang juga mengundang kontroversi.
Ia mempromosi produk internet jalur lebar berkelajuan tinggi P1 Wimax, yang mengajak rakyat Malaysia beralih daripada menggunakan internet berwayar kepada internet wayarles atau tanpa wayar. Iklan tersebut menunjukkan beberapa babak dialog yang menggunakan perkataan potong, yang menurut sesetengah pihak membawa konotasi lucah dan kurang manis? Apapun iklan itu, diakui kreatif.
Cuma yang lebih menarik perhatian ialah penggunaan istilah potong tiba-tiba jadi perhatian semua dan menjadi idea baru untuk bergurau atau menjadikan ucapan ada unsur kecindan. Tidak terkecuali dalam Mesyuarat Staf Akademik IPG Kampus Raja Melewar baru-baru ini. Rentetan daripada kemelut ekonomi yang melanda negara, nampaknya para 'pendidikan guru' turut menerima tempias, iaitu langkah berjimat-cermat mengenai kewangan. 'Potong sana-sini atau potong sajalah'
Merpati Putih - Siapa yang kata iklan dalam Bahasa Malaysia tak hebat ?