Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

03 Disember, 2009

Berita Pameran BBM PGSR di Tamil Nesan Hari Ini ...

Satu lagi kehebatan pameran BBM Literasi Bahasa Melayu ialah penyiaran berita pameran berkenaan di dada akhbar Tamil Nesan hari ini (3 Disember 2009). Editor Laman Blog JPM berusaha mendapatkan akhbar berkenaan di kedai surat khabar sekitar Seremban, tetapi tidak berjaya kerana kehabisan stok (masa pun dah petang). Tetapi dengan kerjasama pemilik sebuah kedai runcit keturunan mamak di Rumah Rakyat Sikamat, saya dijanjikan akan memperolehi akhbar tersebut esok. Terima kasih kepada KU PGSR Pengajian Tamil yang memaklumkan perkara ini petang tadi. Tunggu paparan eksklusif berita berkenaan dalam blog ini - MERPATI PUTIH