Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

01 Disember, 2009

BERITA DAN GAMBAR SEKITAR PAMERAN BBM PGSR

SEREMBAN - Gabungan antara pengalaman dan teori pembelajaran dalam bilik kuliah merupakan resepi utama melahirkan guru novis yang cemerlang. Ciri-ciri ini dimiliki oleh guru-guru sekolah rendah yang sedang mengikuti program PGSR di 28 IPG seluruh Malaysia.

Demikian menurut Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar En. Tan Ying Kee sewaktu mewakili pengarah Hjh. Asmah Yahya, berucap merasmikan Pameran Bahan Bantu Mengajar Literasi Bahasa Melayu di Dataran Melewar baru-baru ini. Hadir sama Ketua Jabatan Pengajian Melayu Hjh. Amanah Mohd. Noor, Ketua Unit Pengajian Melayu, Dr. Khairuddin Mohamad dan para pensyarah JPM. Pameran anjuran pelajar PGSR kohot 1 merupakan sebahagian daripada syarat wajib lulus kursus WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu. Menurut beliau, kumpulan PGSR ini diharap akan menjadi contoh kepada kumpulan pelajar IPG Kampus Raja Melewar yang berada dalam program PISMP, KPLI dan KDC. Mengenai penganjuran pameran pula, beliau amat berpuas hati dan gembira kerana komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para pelajar PGSR. Bagi pihak IPG Kampus Raja Melewar, En. Tan menyokong penganjuran pameran seperti ini kerana apa yang dipelajari dalam bilik kuliah dapat diterjemahkan kembali dalam bentuk amali. Pengalaman merancang, mengurus, bermesyuarat dan sebagainya diharap membantu mereka menganjurkan program seumpamanya bila balik bertugas di sekolah nanti. Justeru, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar terlibat yang telah mencurahkan ilmu sama ada secara teori dan amali kepada pelajar PGSR, walaupun terpaksa bertugas di masa cuti persekolahan. Selamat Menduduki Peperiksaan Daripada Editor Laman Blog dan Warga Jabatan Pengajian Melayu - OLEH MERPATI PUTIH