Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

15 Disember, 2009

Lebih banyak guru berkualiti di pedalaman ...


Sudah tiba masanya kerajaan menggandakan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan mencukupi supaya mereka dapat ditempatkan di pedalaman dan luar bandar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global, keperluan semasa serta gagasan 1 Malaysia demi merealisasikan apa yang digariskan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Pelajaran.
"Justeru, satu dasar penempatan guru yang responsif kepada keperluan rakyat perlu disediakan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kajian Semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) baru-baru ini.