Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

15 Disember, 2009

Nasib guru Ph.D kedengaran lagi di Parlimen


Skim gaji bersepadu yang dirangka NUTP akan dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam selewat-lewatnya hujung tahun ini. Sekiranya mendapat kelulusan, ia bakal menguntungkan lebih 10,000 pendidik seluruh tanah air, khususnya yang memiliki ijazah Sarjana dan Ph.D. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika mendapat kelulusan jabatan berkenaan, masalah berbangkit membabitkan guru yang berkelulusan ijazah Sarjana dan Ph.D sebelum ini akan berjaya diselesaikan.
“Sebelum ini, pihak kami menerima berbagai rungutan berikutan masalah itu dan apabila ditanya, kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan skim gaji yang mereka terima". Ini kerana mereka memiliki Sarjana dan PhD, tapi skim gaji yang mereka terima sama seperti seorang guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda. Harian METRO- 6 Sept., 2008 (Sabtu)

TERKINI, iaitu semalam (14 Disember, 2009) isu ini kedengaran semula apabila dibangkitkan oleh wakil rakyat di Parlimen. Persoalannya sampai bilakan guru-guru yang memiliki ijazah Ph.D dan Sarjana ini akan menikmati pergerakan gaji yang setaraf dengan kelulusan mereka? Terima kasih kepada Ahli Parlimen yang membangkitkan isu berkenaan di Parlimen, semalam. Ketika menjawab pertanyaan lisan ini, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Wee Ka Siong berkata, kertas cadangan ini sedang diteliti dan dalam pertimbangan JPA. Jika dilaksanakan bermakna pemegang Ph.D dan Sarjana akan menikmati perbezaan tangga gaji.