Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

06 Disember, 2009

Profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran tinggi ... Teras SGM

DOKUMEN Standard Guru Malaysia (SGM) yang dilancarkan kerajaan kelmarin perlu menjadi rujukan warga pendidik, ibu bapa dan setiap anggota masyarakat dalam usaha memperkasa sektor pendidikan di negara ini. Walaupun pada umumnya SGM lebih menjurus kepada pelan induk untuk meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan di negara ini, usaha merealisasikannya memerlukan sokongan semua pihak. Seperti mana slogan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab bersama, semangat dan dasar yang diterapkan dalam SGM perlu dihayati oleh semua. Walaupun SGM menggariskan untuk warga pendidik tiga aspek teras yang diperlukan iaitu profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, nilai yang sama seharusnya dijiwai seluruh masyarakat di negara ini yang cintakan budaya keilmuan. Maklumat lanjut sila layari pautan Isu Pendidikan Malaysia.