Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

06 Disember, 2009

SGM ... Memperkasa Profesionalisme Perguruan

APABILA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM), timbul persoalan sama ada guru yang ada sekarang tiada kualiti atau kekurangan mutu perkhidmatan? Perlukah piawaian itu dilaksanakan sekarang dan kenapa hanya sekarang ia mahu dilaksanakan? Persoalan itu kemudian dijawab Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan-Persatuan Guru Malaysia, Jemale Paiman, bahawa guru-guru di Malaysia sudah ada standard, namun piawaian itu perlu dimantapkan lagi supaya sesuai dengan keadaan semasa selain menepati standard global. Katanya, SGM bukannya perkara baru kerana ia memang sudah ada. Dan apa yang dilancarkan baru-baru ini sudah dimantapkan dan perlu diguna pakai oleh institut pendidikan perguruan (IPG) untuk melahirkan warga pendidik yang lebih berkualiti. Maklumat lanjut sila layari pautan Isu Pendidikan Malaysia.