Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

30 Disember, 2009

Selamat bertugas anak kandung JPM !

Semua pelajar KPLI(SR) Major BM Ambilan Januari 2009 telah
mengetahui sekolah tempat bertugas. Hasil cuba jaya editor menggunakan sistem atas talian di http://apps.emoe.gov.my/spg/ mendapati ramai yang berjaya ditempatkan mengikut negeri yang dipohon. Antaranya Balkis Hashim (Negeri Sembilan), Hassan Mahaseng (Sabah), Che Wan (Melaka) dan Norhayati Ibrahim (Johor) (Sekadar menyebut beberapa nama sahaja). Apapun tahniah dan selamat bertugas kepada semua. Ingat, sebagai guru BM anda semua ada tanggungjawab berat iaitu merealisasikan pelaksanaan secara total Program Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris. Hayatilah falsafah tersirat di sebalik pelaksanaan MBMMBI. Merpati Putih - Anak kandung JPM kali ini (Ambilan Jan. 2009) OK jugalah! Boleh jadi penanda aras (KPI) untuk kumpulan akan datang. Kalau ada !