Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

31 Disember, 2009

Tahun baru, azam dan modal insan kelas pertama ...

Saya percaya ramai dalam kalangan pendidik guru dan guru novis, mula berbicara tentang azam tahun baru. Cadangan saya, jadikan usaha untuk melahirkan modal insan kelas pertama sebagai azam utama kita. Ada tiga cara yang boleh kita buat, iaitu peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan R&D dan inovasi, dan pembentukan anak didik yang beragama, berbudaya dan memiliki kekuatan moral yang tinggi. Merpati Putih - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Salam 1Malaysia.