
Bagi pihak Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar editor laman blog JPM mengucapkan 'Selamat Datang' kepada Dr. Hjh. Maridah Alias ke jabatan ini. Dr. Maridah yang berkelulusan Ph.D dalam bidang Kesusasteraan Melayu ketika ditemui berkata, kedatangan beliau ke JPM umpama sirih pulang ke gangang kerana pernah bertugas di JPM. Beliau menambah, banyak perkara baru yang perlu dipelajari kerana telah lama meninggalkan JPM dan berharap rakan-rakan pensyarah JPM sudi menerima beliau seadanya. Sebelum ini beliau bertugas di Jabatan Ilmu Pendidikan. Kehadiran Dr. Maridah dialu-alukan dan yakin akan memantapkan lagi kepakaran yang sedia ada di JPM. Merpati Putih - Tak sabar tunggu seorang lagi rakan baru iaitu Dr. Maria.

