Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

23 Disember, 2009

Harapan KJ JPM sempena tahun 2010

'Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik untuk meningkatkan prestasi diri dan jabatan sesuai dengan konsep 'Gerakan Budaya Kerja Cemerlang', kata Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar, Hjh. Amanah Mohd. Noor. Sebagai pendidik guru, beliau seterusnya mengajak seluruh warga JPM untuk menghayati pesanan dan amanat Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, supaya sentiasa mengikut peraturan, jujur di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pensyarah. 'Yang penting, beri perhatian serius terhadap hal-hal berkaitan institut iaitu tugas kita sebagai pensyarah', tambah Hjh. Amanah lagi. Beliau berkata demikian, semasa menyampaikan kata-kata aluan sempena Mesyuarat Jabatan Pengajian Melayu kali pertama, baru-baru ini. Hjh. Amanah turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah JPM yang telah menjayakan pelbagai program sepanjang tahun 2009.