
Kementerian Pelajaran menerusi Bahagian Tajaan Pendidikan telah mengeluarkan surat edaran terkini bertarikh 10 Disember 2009, yang memaklumkan bahawa pihaknya akan menangguhkan Program Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sepenuh Masa dan Separuh Masa pada tahun 2010 kerana kekurangan peruntukan. Surat edaran telah ditandatangani oleh Hjh Ramizah Hassim, Setiausaha Bahagian Tajaan Pendidikan. Maklumat lanjut sila layari pautan Kementerian Pendidikan Malaysia di blog JPM. Ini bermakna, ramailah pensyarah muda dari IPG Kampus Raja Melewar yang bercita-cita melanjutkan pengajian tahun 2010, terpaksa 'berputih mata' akibat perubahan dasar ini. Justeru, kepada semua pensyarah yang berpeluang menerima nikmat biasiswa sebelum ini dan belum selesai pengajian, nasihat saya gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Jangan ada prasangka buruk sesama rakan pensyarah dan yang penting jangan riak. Ini baru 5% perjalanan dan liku-liku hidup untuk bergelar Dr. Sesungguhnya wang tuan/puan terima adalah wang rakyat termasuk wang saya - MERPATI PUTIH

