
disaran mempunyai komitmen tinggi dan sentiasa menonjol dalam pelbagai aspek penganjuran aktiviti agar menjadi contoh dan penanda aras kepada warga institut ini pada masa akan datang. Untuk itu setiap pensyarah JPM harus bijak menggunakan sebaik mungkin pelbagai ruang yang ada untuk mencapai tujuan tersebut. Demikian menurut Hjh. Asmah Yahya Pengarah IPG Kampus Raja Melewar ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. “Kesedaran tentang tanggungjawab untuk memartabatkan Bahasa Malaysia penting, ke arah melahirkan bakal guru yang benar-benar menjiwai maksud ‘Melayu’ itu sendiri”, kata Hjh. Asmah lagi. Justeru, para pensyarah JPM perlu menanamkan bibit-bibit jati diri kemelayuan yang tinggi dalam semua aktiviti yang dianjurkan, terutama yang melibatkan guru pelatih yang kelak akan menyampaikan semula ketika proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Beliau berkata demikian bagi mengulas penganjuran Program Jejak Budaya 3 oleh JPM pada 26 – 28 Mac 2010 bertempat di Kampong Lonek, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Merpati Putih - Insyallah amanat ini akan menjadi pembakar semangat kepada warga JPM untuk terus maju pada masa akan datang.