Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

23 Januari, 2010

Jejak Budaya 3 : Latih pelajar PPISMP ilmu mengurus

Salah satu objektif penganjuran Program Jejak Budaya 3 ialah melatih peserta menjadi perancang dan pengurus aktiviti yang baik. Ilmu seperti ini lazimnya tidak diperolehi dalam bilik kuliah secara total, tetapi secara tidak langsung menerusi kegiatan luar. Inilah yang cuba diaplikasikan oleh 12 orang pensyarah pembimbing kepada 40 orang pelajar PPISMP yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Program Jejak Budaya 3 yang akan diadakan di Kampong Lonek, Batu Kikir 26 hingga 28 Mac, 2010 akan datang ini. Mesyuarat pertama dan taklimat oleh pensyarah penyelaras telah diadakan di Balai Ilmu baru-baru ini. Dalam majlis tersebut, Pengarah Projek Saudara Mohd. Amirul Awang, pelajar program PJ berharap rakan-rakan yang telah dilantik ini akan memberikan kerjasama dan menjalankan tugas yang telah dirancang dengan baik.