Baru-baru ini, seramai 10 orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar telah mengadakan kunjungan kasih 2 di Wad Sri Angkasa, Hospital KPJ Seremban.Kunjungan yang diketuai Ketua Jabatan Pengajian Melayu bertujuan menziarahi anakanda tersayang Pn. Faiziah Shamsudin, iaitu Adik Aiman Amran yang disyaki mendapat jangkitan kuman pada bahagian paru-parunya. Bagi pihak warga JPM, mendoakan Adik Aiman cepat sembuh. Merpati Putih - perkembangan terkini Adik Aiman boleh diikuti menerusi blog Pn. Faiziah di bawah.

