
11 Januari, 2010 - Kesudian Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah hadir ke Jamuan Awal Tahun Jabatan Pengajian Melayu telah memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga JPM. Demikian menurut beberapa orang pensyarah JPM yang ditemui baru-baru ini. Ketua Jabatan Hjh. Amanah Mohd. Noor ketika ditemui pula berkata, bagi pihak para pensyarah beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Hjh. Asmah dan En. Tan Ying Kee kerana sudi menerima jemputan kali ini. Sementara itu, Setiausaha Kehormat JPM Faiziah Shamsudin, berkata tujuan jamuan adalah meraikan rakan pensyarah yang baru bertukar ke JPM, iaitu Dr. Maria Mansur dari BPG dan Dr. Maridah Alias dari JIP, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pensyarah. “Jamuan kali ini agak unik dan istimewa kerana menggunakan konsep
pot-luck, sebagai menyahut seruan dan saranan Tuan Pengarah sendiri,” tambah Faiziah lagi. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah JPM kerana menjaya program berkenaan. Di majlis tersebut, dua orang pensyarah memotong kek sempena ulang tahun kelahiran, iaitu En. Mukhtar Darwis dan En. Azmi Ayub.
Merpati Putih - kepimpinan melalui teladan