Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

27 Januari, 2010

Pensyarah JPM terlibat bina Modul MBMMBI-KPKI

Seramai tiga orang pensyarah JPM IPG Kampus Raja Melewar terlibat dengan Mesyuarat Penggubalan Modul Latihan Pengajaran Bahasa Malaysia (KPM) bermula 26 hingga 29 Januari, 2010 bertempat di Concorde Inn, KLIA. Mereka ialah Hjh. Rafiah Daud, Dr. Maridah Alias dan Dr. Khairuddin Mohamad melibatkan dua tajuk modul iaitu Seni dalam Pendidikan Bahasa Malaysia dan Pendekatan Didik Hibur dalam P&P Bahasa Malaysia. Kumpulan ini turut dianggotai dua orang pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa iaitu En. Thahir Nuruddin serta Pn. Juhana Baba.