Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

29 Januari, 2010

Ruslan Madun - Aktivis Puisi Tradisional

Pengalaman membina Modul MBMMBI di Concorde Inn KLIA telah menemukan para pensyarah IPG Kampus Raja Melewar dengan seorang aktivis seni tanah air iaitu Saudara Roslan Madun. Beliau yang giat menjalankan penyelidikan tentang Puisi Tradisional, merupakan sumber rujuk bagi syair, gurindam, nazam dan seloka. Antara puisi tradisional yang telah dialunkan dan dirakam dalam bentuk CD ialah Nazam Kasih Ayah dan Ibu, Seloka Pak Kaduk, Syair Burung Pungguk dan sebagainya.