Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

05 Februari, 2010

En. Mat Shariff seronok berkunjung ke JPM

Sebut sahaja nama En. Mat Shariff, ramai dalam kalangan warga JPM mengenalinya. Abang kepada KJ Teknologi Pendidikan dan bertugas di Jabatan Sains Sosial sebagai pensyarah Muzik. Seorang pensyarah yang mudah mesra dan disenangi ramai rakan. Sempena kunjungan beliau ke JPM baru-baru ini, banyak cerita kelakar, lucu dan santai diperoleh dari mulut beliau. Maknanya unsur 'kecindan' tu, amat sesuai dianugerah kepada En. Mat. Apapun kami warga JPM gembira dengan kunjungan En. Mat Shariff petang ini. "Semua pensyarah JPM menerima kunjungan saya dengan senyuman yang amat manis" tambah beliau semasa diwawancara. Untuk makluman, En. Mukhtar Darwish merupakan rakan lama beliau di IBKL. Merpati Putih - Lama tak dengar En. Mat nyanyi lagu 'Dendang Perantau'.