Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

04 Februari, 2010

Team Pembina Modul KPKI IPG Raja Melewar

Tiga orang pensyarah JPM IPG Raja Melewar terlibat secara langsung menyiapkan Modul MBMMBI Latihan Bahasa Malaysia. Mesyuarat pentadbiran telah diadakan pada 26 - 29 Januari, 2010 lalu di Concorde Inn KLIA. Mereka diberi tanggungjawab untuk menyiapkan dua modul, iaitu Seni dalam Pendidikan Bahasa Malaysia, dan Didik Hibur dalam BM. Pensyarah terlibat ialah Hjh. Rafiah Daud selaku ketua pasukan, Dr. Maridah Alias dan Dr. Khairuddin Mohamad. Pasukan ini turut disertai dua orang pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa KL iaitu En. Thahir Nuruddin dan Pn. Juhana Baba.