
Warga JPM merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada tiga orang pensyarah JPM yang dilahirkan sekitar bulan Mac. Upacara ringkas meraikan ketiga-tiga pensyarah berkenaan telah diadakan baru-baru ini dengan bacaan doa selamat oleh En. Mukhtar Darwish dan diikuti acara memotong kek. Ketiga-tiga pensyarah yang dimaksudkan ialah En. Abd. Rahim (Pak Tam), Hjh. Mariam Che Latt (Kak Ng

ah) dan Dr. Maridah. Dalam majlis tersebut Ketua Jabatan JPM Hjh. Amanah Mohd. Noor turut menyampaikan cenderamata kepada semua pensyarah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran masing-masing.
Merpati Putih - Berdoa agar JPM terus gemilang, terbilang dan cemerlang.