
Seramai 20 orang pelajar Unit PPISMP (BM/KS) Semester 2 bersama tutor En. Azmi Ayub telah membuat ziarah kasih untuk salah seorang pelajar PPISMP yang terlantar di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana kemalangan dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung di padang institut pada hari Ahad baru-baru ini. Rombongan yang sampai lebih kurang jam 1.30 di Wad 4B itu membuatkan Asraf atau lebih dikenali sebagai ‘Acap’ dalam kalangan rakan-rakannya tersenyum gembira walaupun sedang terlantar. Asraf mengalami kecederaan patah kaki kanan dijangka tidak akan dapat menghadiri kuliah dalam jangka waktu yang lama. Hadir sama En. Mohd. Izan Yusop Pegawai HEP.
(Sumber Berita : Laman Blog Mei Lob)